Anwar akan kaji permintaan MIC

Politics
2 Aug 2023 • 5:44 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) berkata beliau akan mengkaji permintaan MIC agar wakil daripada parti itu dapat diberi peranan lebih besar dalam kerajaan.

Katanya beliau juga akan berbincang dengan timbalannya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi serta beberapa pemimpin parti dalam Kerajaan Perpaduan berhubung perkara itu.

Bercakap di hadapan ribuan anggota MIC serta Presiden parti itu Tan Sri SA Vigneswaran di ibu pejabat MIC di sini Perdana Menteri berkata, beliau tidak nampak sebarang masalah berhubung perkara itu.

“Perlu saya ulangi, bahawa anda telah menunjukkan keyakinan (terhadap Kerajaan Perpaduan) dan pastinya saya amat menghargainya. Saya dan pergi ke serata negeri, terutama di sebelah pantai barat, dalam setiap majlis yang saya sertai, saya lihat pemimpin MIC turut sama hadir beri komitmen serta penghormatan. Untuk itu, saya ‘salute’ anda,” katanya.

Turut hadir ialah timbalan presiden MIC Datuk Seri M Saravanan dan Ahmad Zahid, yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) dan Presiden Umno. -Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved