Anwar Alu-Alukan Komitmen WARISAN Sokong Pembentukan Kerajaan Perpaduan

Politics
27 Nov 2022 • 9:13 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Anwar menerima kunjungan hormat Presiden WARISAN Datuk Seri Mohd Shafie Apdal ke atas beliau di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya hari ini. - Gambar dari Facebook Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengalu-alukan komitmen pemimpin Parti Warisan (WARISAN), yang menyokong usaha pembentukan dan kestabilan kerajaan perpaduan yang diterajui beliau.

Perdana Menteri menerusi catatan di Twitter beliau hari ini berkata komitmen berkenaan juga adalah demi kepentingan rakyat Sabah.

Menerusi ciapan tersebut, Anwar turut berkongsi gambar kunjungan hormat Presiden WARISAN Datuk Seri Mohd Shafie Apdal ke atas beliau di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya hari ini.

Pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Warisan memenangi tiga kerusi kesemuanya di Sabah iaitu Semporna, Lahad Datu dan Kota Belud. - Bernama