Anwar Arah Penggantian Segera Titi Gantung Runtuh Di Kuala Krai

LocalPolitics
2 Jan 2026 • 7:45 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Anwar Arah Penggantian Segera Titi Gantung Runtuh Di Kuala Krai

PUTRAJAYA — Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengarahkan agar peruntukan segera disediakan bagi menggantikan titi gantung di Lata Rek, Kuala Krai yang runtuh pada Khamis, demi keselamatan dan kemudahan rakyat.

Perkara itu dimaklumkan oleh beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau memandang serius insiden runtuhan titi berkenaan semalam, yang mengakibatkan kecederaan kepada beberapa orang awam serta menjejaskan akses harian penduduk sekitar.

Difahamkan, antara kampung yang terjejas adalah Kampung Pasir Jering, Dusun Ban, Dusun Bunut dan Kampung Batu Pagar.

Dalam masa yang sama, Anwar turut menzahirkan simpati dan keprihatinan mendalam kepada lebih 50 mangsa yang terlibat dalam kejadian itu, khususnya pasangan pengantin dan keluarga yang diuji dengan musibah.

“Susulan insiden itu, YAB Perdana Menteri telah mengarahkan agar peruntukan disediakan bagi menggantikan jambatan berkenaan segera demi keselamatan dan kemudahan rakyat.

“Kerja-kerja penggantian jambatan ini akan dilaksanakan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama agensi-agensi berkaitan bagi memastikan tindakan pantas, berkesan serta menjamin keselamatan dan akses penduduk setempat,” maklum kenyataan itu.

https://web.facebook.com/anwaribrahimofficial/posts/pfbid0yA1bpmGn2gtTvg7CzwaTd263qrNVtW4E9uRTsHpBbirnr1uthb3pjnisfJNPVGsFl

Sumber: Facebook Anwar Ibrahim

 

The post Anwar Arah Penggantian Segera Titi Gantung Runtuh Di Kuala Krai appeared first on Siakap Keli.