Anwar beri sumbangan kepada keluarga nelayan di Pahang

LocalPolitics
2 Mar 2025 • 6:03 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Ahmad Farhan menyampaikan bantuan kepada Saluna ketika mengunjungi rumahnya di Kampung Cherating, Kuantan, dalam siri Ziarah Madani. Foto Facebook Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan sumbangan wang tunai kepada sebuah keluarga nelayan di Pahang, bagi meringankan beban mereka yang diuji dengan pendapatan terhad.

Sumbangan itu disampaikan Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Ahmad Farhan Fauzi kepada Saluna Mat Jusoh ketika mengunjungi rumahnya di Kampung Cherating, Kuantan, dalam siri Ziarah Madani.

"Pendapatan suaminya, Encik Hasim sebagai nelayan hanya sekitar RM1,000 sebulan dan dia turut berdepan dengan keadaan cuaca tidak mengizinkan untuk turun ke laut.

"Saya juga dimaklumkan oleh Pegawai Pusat Komuniti Madani Indera Mahkota mengenai keadaan rumahnya yang uzur melibatkan atap bocor, dinding mereput dan keadaan dapur yang daif menjadikan rumah ini bukan lagi tempat berteduh selesa buat mereka sekeluarga.

"Lantaran itu, saya hadir untuk menghulurkan harapan agar rumah Puan Saluna sekeluarga dapat dibaik pulih agar ia lebih selesa dan selamat untuk mereka sekeluarga,” kata Ahmad Farhan menerusi hantaran di Facebook yang turut dikongsi Perdana Menteri.

Ahmad Farhan berharap bantuan itu dapat memberikan sedikit kelegaan buat mereka sekeluarga kerana dalam negara Madani, setiap rakyat berhak hidup dengan lebih selesa dan bermaruah. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved