Anwar bimbang sentimen kaum, agama ancam keharmonian negara

LocalPolitics
9 Jul 2026 • 7:59 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Anwar bimbang sentimen kaum, agama ancam keharmonian negara

PUTRAJAYA, 9 JULAI: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meluahkan kebimbangan terhadap peningkatan sentimen berasaskan negeri, kaum dan agama yang disifatkan beliau berpotensi mengancam keharmonian serta keselamatan negara sekiranya tidak ditangani secara berhemah.

Justeru, beliau berkata masyarakat tidak seharusnya terperangkap dengan polemik lama atau sentimen berkenaan yang bersifat memecah-belahkan kerana negara kini berdepan cabaran keselamatan baharu yang lebih kompleks termasuk ancaman teknologi dan digital.

"Saya selalu sindir kawan-kawan pada perbahasan di Parlimen, kadang-kadang (berkaitan) isu-isu lama... isu kaum, isu agama, isu sentimen daerah dan negeri.

"… ini isu-isu besar yang mengancam negara..., ia (isu itu) tidak menjadi suatu hal yang patut diberikan penekanan... itu bagi saya membimbangkan,” katanya ketika berucap merasmikan Bulan Kebangsaan Negara 2026 anjuran Majlis Keselamatan Negara di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Ketua Pengarah Keselamatan Negara Datuk Raja Nurshirwan Zainal Abidin.

Sehubungan itu, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata kepimpinan di setiap jabatan, agensi dan kementerian perlu bertindak lebih proaktif serta tidak menunggu perubahan naratif sebelum mengambil tindakan bagi mendepani ancaman keselamatan yang semakin kompleks.

"Ini peranan saudara... kepimpinan di jabatan, di agensi, di kementerian... ini bukan urusan birokratik biasa, dia mesti cepat menangkap (dan) faham teknologi baharu dan cabaran-cabaran baharu," katanya.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved