Anwar buat penampilan khas dalam iklan raya

LocalPolitics
19 Apr 2023 • 11:53 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Anwar membuat penampilan istimewa sempena iklan Hari raya Aidilfitri

SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat kemunculan khas menerusi sebuah iklan sempena kemeriahan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.

Iklan terbitan Jabatan Perdana Menteri (JPM) dengan kerjasama Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) tersebut mengisahkan tentang hidangan istimewa rakyat Malaysia bersempena hari lebaran iaitu lemang.

Klip video berdurasi dua minit 36 saat tersebut turut memaparkan cara pembuatannya bermula dari proses awal hingga pembakaran yang membawa kepada kelazatan hidangan itu.

Meskipun ia merupakan makanan tradisional masyarakat Melayu, namun keunikannya yang terdiri daripada pelbagai bahan membawa simbolik terhadap kesatuan nasional yang terdiri daripada pelbagai kaum.

Justeru, mengambil intipati falsafah yang terdapat dalam hidangan berkenaan, Anwar di dalam iklan berkenaan mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk bersatu padu membangunkan Malaysia.

“Mari kita kuatkan kesatuan rakyat Malaysia, membangunkan dan menyelamatkan negara di samping membersihkan diri bagi mengangkat martabat keluarga dan masyarakat.

“Salam Aidilfitri maaf zahir dan batin buat seluruh rakyat Malaysia,” kata beliau dalam iklan itu.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved