Anwar doa kesembuhan A. Samad Said

LocalPolitics
24 Nov 2026 • 2:54 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Anwar doa kesembuhan A. Samad Said

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendoakan kesihatan dan kesembuhan Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said yang kini dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Beliau menyifatkan A. Samad atau Pak Samad sebagai sosok budayawan yang amat berjasa dalam dunia kesusasteraan tanah air.

“Saya, Azizah (isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail) dan keluarga mendoakan supaya Allah mengurniakan keafiatan, mengangkat segala kesakitan dan memberikan kesembuhan segera buat Pak Samad.

“Semoga seluruh keluarga besar terus dikurniakan kekuatan dan ketabahan dalam menempuh ujian ini, insya-Allah,” katanya dalam kenyataan di Facebook hari ini.

Sepanjang pembabitan dalam dunia sastera, A. Samad menghasilkan pelbagai karya yang memberi kesan besar kepada perkembangan kesusasteraan Melayu moden.

Karya yang mendalam dan sarat dengan nilai kemanusiaan menjadikan beliau sebagai salah seorang tokoh penulis paling berpengaruh di Malaysia.

Beliau pernah berkhidmat sebagai Ketua Pembangunan Sastera di The New Straits Times Press (NSTP) dan mengetuai Berita Harian sebelum melepaskan jawatan Pengarang Sastera pada 1987 untuk menumpukan bidang penulisan dan sastera. – UTUSAN

The post Anwar doa kesembuhan A. Samad Said appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved