
LANGKAWI: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini melahirkan harapan agar Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA ’23) akan mengukuhkan Malaysia sebagai hab serantau bagi industri aeroangkasa dan maritim.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata dengan berbuat demikian akan membolehkan negara bergerak lebih dekat ke arah merealisasikan Rangka Tindakan Industri Aeroangkasa Malaysia (MAIB) dan Pelan Induk Perkapalan Malaysia.
“Saya ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada kedua-dua menteri peneraju bersama LIMA ’23, Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan dan Menteri Pengangkutan Anthony Loke, serta pasukan masing-masing yang memacu inisiatif ini.
“Saya juga mahu memuji Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang dan pasukannya, khususnya Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) kerana berjaya menerajui buat julung kalinya SpaceTech Nexus di LIMA tahun ini,” katanya dalam ucapan alu-aluan sempena LIMA ‘23, di sini hari ini.
Anwar berkata dengan adanya SpaceTech Nexus, menunjukkan bahawa LIMA ‘23 adalah acara berfokuskan masa depan dan bersedia memainkan peranan dalam pertumbuhan teknologi angkasa yang dijangka mencapai nilai pasaran global US$10 trilion menjelang 2030.
Bersambung..



![[VIDEO] Ramai Gadis Cair Tengok Oppa ‘Pilot’ Korea Di LIMA Langkawi](https://cdn.newswav.com/img/topic/entertainment.jpeg)