Anwar Ibrahim Beri ‘Lampu Hijau’ Pada SPRM Siasat Menteri, Pegawai Terpalit Isu Rasuah

Politics
7 Nov 2023 • 5:27 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim beri lampu hijau kepada pihak SPRM untuk menyiasat mana-mana menteri dan pegawai kerajaan termasuklah pegawai khas beliau sendiri jika terpalit dengan isu rasuah.

image is not available

Anwar beri lampu hijau tanpa tunggu arahan beliau

Memetik laporan dari Bernama, Ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memaklumkan yang Anwar merupakan tokoh individu yang sangat tegas dalam membanteras isu rasuah dan pernah memberitahunya untuk tidak menunggu arahan jika mahu melakukan siasatan ke atas mana-mana pihak yang terpalit dengan elemen berkenaan.

Pernah dia (Anwar) berkata kepada saya, Azam, kalau sekiranya ada pegawai kerajaan, menteri-menteri kaya ke atau pegawai khas saya ke, atau mana-mana pegawai khas, kalau sekiranya anda rasa ada mereka melakukan rasuah, sila siasat.

Jangan tunggu untuk arahan atau kebenaran dari saya, Saya berikan anda kebenaran untuk menyiasat mereka,” katanya ketika berucap pada Majlis Sambutan Hari Integriti peringkat Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) di sini hari ini.

Sumber: Bernama