Anwar Ibrahim Gesa KPT Jangan Berkompromi Budaya Buli di Kampus!

LocalPolitics
1 Nov 2024 • 2:04 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Anwar Ibrahim

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, memberi teguran tegas berhubung budaya buli yang didakwa berlaku di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).

Menurut laporan mStar, Anwar menyatakan bahawa amalan ini tidak sepatutnya wujud, apatah lagi dianggap “biasa” dalam institusi pendidikan di Malaysia.

Amalan seumpama itu tidak boleh berlaku dalam pusat ilmu apatah lagi menganggapnya sebagai satu budaya biasa. Apa masalah sampai begitu sekali?

Tambah beliau lagi, budaya samseng dan buli tidak mewakili keseluruhan mahasiswa namun wujudnya kelompok kecil yang membenarkan tindakan sebegini menjadi budaya.

Anwar Ibrahim seru Kementerian Pengajian Tinggi ambil tindakan tegas

image is not available

Datuk Seri Anwar turut mengingatkan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) agar mengambil tindakan tegas terhadap budaya buli di kampus, menyatakan bahawa sikap permisif atau berkompromi terhadap budaya ini tidak boleh diterima.

Jadi program pendidikan dan nilai mesti ditekankan. Ini kerana kita ambil sikap permisif, mengalah dan bertolak ansur terhadap pembuli. Ia tidak boleh berlaku kalau budaya menolaknya. Saya bagitahu kepada menteri pendidikan, jangan tolak ansur.

Kes buli di UPNM cetus kebimbangan

image is not available

Isu ini tercetus selepas media melaporkan kejadian buli melibatkan seorang pegawai kadet tahun dua di Akademi Latihan Ketenteraan (ALK), UPNM, Sungai Besi. Mangsa dilaporkan mengalami kecederaan serius termasuk melecur pada dada akibat ditekap dengan seterika. Kejadian ini mendapat liputan meluas setelah menjadi tular di media sosial.

Susulan daripada insiden ini, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah mengeluarkan kenyataan bahawa siasatan sedang dijalankan untuk memastikan keadilan bagi mangsa.

#OhmediaNasihat

Budaya buli tidak seharusnya ada dalam mana-mana institusi, lebih-lebih lagi di pusat pendidikan yang sepatutnya.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: mStar