Anwar Ibrahim Jelaskan Kenapa Had Budi95 Ditentukan 300 Liter

LocalPolitics
26 Sep 2025 • 10:17 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Ohmedia anwar Ibrahim

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan keputusan menetapkan had 300 liter bagi program Budi Madani RON95 (Budi95) dibuat selepas penelitian rapi berdasarkan keperluan 98 peratus rakyat Malaysia.

Menurut laporan Kosmo,  beliau berkata purata penggunaan rakyat Malaysia hanyalah sekitar 150 liter sebulan, manakala ada yang mencecah 250 liter bergantung pada situasi tertentu.

Berdasarkan rekod, 98 peratus rakyat Malaysia menggunakan sekitar 200 hingga 250 liter sahaja.

Kerajaan naikkan dari 250 liter ke 300 liter

image is not available

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, cadangan asal sebenarnya menetapkan had maksimum 250 liter, tetapi dinaikkan kepada 300 liter selepas perbincangan lanjut.

Selepas dibincangkan dan bagi mengelak ia menjadi isu, kita bersetuju menaikkan had keperluan kepada 300 liter.

“Ini dibuat bertujuan untuk membantu rakyat” – Anwar Ibrahim

image is not available

Walaupun hanya sebilangan kecil rakyat yang menggunakan lebih daripada 250 liter sebulan, kerajaan tetap menaikkan had tersebut bagi memastikan semua pihak mendapat manfaat.

Kenaikan ini dibuat bertujuan membantu rakyat walaupun kumpulan yang guna lebih 250 liter itu hanyalah minoriti kecil.

Pssttt! Kadang-kadang keputusan kerajaan nampak kecil, tapi besar impaknya pada rakyat. Jadi, gunakanlah subsidi dengan bijak dan jangan membazir.

Kredit: Kosmo
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

The post

appeared first on

.