Anwar Ibrahim Kecewa! Tegur Individu Berpuasa Tapi Masih Rasuah

LocalPolitics
20 Mar 2025 • 10:25 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Anwar Ibrahim

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluahkan rasa kecewa terhadap individu yang kononnya berpegang teguh pada ajaran Islam tetapi masih mengamalkan rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

Menurut laporan Free Malaysia Today, beliau menegaskan bahawa ibadah puasa bukan sekadar menahan lapar dan dahaga, tetapi juga mendidik umat Islam supaya jujur, berdisiplin, dan bermoral.

Anwar Ibrahim Persoal Integriti

image is not available

Walau bagaimanapun, Perdana Menteri tidak memetik nama mana-mana individu ketika berkata mengenai perkara itu.

Bagaimana (boleh) simpan duit di ‘safe house’? Tapi puasa tak tinggal. Mana integritinya?

Ramadan bukan sekadar ritual

image is not available

Anwar juga menekankan bahawa ketaqwaan bukan topeng untuk menutup kelakuan tidak beretika. Ramadan sepatutnya menjadi bulan untuk umat Islam mengawal diri dan bertanggungjawab.

Kita tidak boleh membiarkan negara ini dipenuhi dengan orang yang bersolat dan berpuasa, tetapi dalam masa yang sama berbohong, menipu, dan mencuri.

#ApaKataOhmedia

Ibadah bukan sekadar ritual tetapi perlu diamalkan dalam kehidupan seharian. Jujur dan amanah adalah nilai penting dalam Islam, jadi jangan biarkan puasa hanya menjadi adat tanpa makna sebenar!

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: Free Malaysia Today


The post

appeared first on

.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved