Anwar Ibrahim Orang Pertama Di Malaysia Miliki Digital ID

1 Dec 2023 • 12:29 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi orang pertama di Malaysia yang mendaftar diri dengan Identiti Digital Nasional atau Digital ID di Putrajaya, hari ini.

Memetik laporan Bernama, Digital ID merupakan bentuk pengenalan pengesahan dari individu secara digital yang bakal dimanfaatkan sektor awam dan swasta.

Anwar Ibrahim orang pertama di Malaysia miliki Digital ID

image is not available

Kemudahan ini akan digunakan untuk mengesahkan identiti pengguna semasa melakukan sebarang transaksi secara dalam talian.

Tanpa menggantikan sistem MyKad, Digital ID merupakan platform yang dipercayai dan selamat disamping memudahkan pengesahan identiti dalam talian bagi mengelakkan penipuan dalam urusan atas talian.

Anwar yang juga Menteri Kewangan dan orang pertama di Malaysia miliki Digital ID bakal memberi keyakinan kepada rakyat mengenai keselamatan serta ketelusan sistem berkenaan.

Pada 21 November lalu, Anwar mengumumkan peruntukan segera sebanyak RM80 juta kepada agensi penyelidikan dan pembangunan (R&D) Mimos Bhd.

image is not available

Peruntukan tersebut digunakan untuk menyegerakan pelaksanaan Digital ID dan memperkasakan transformasi digital serta membangunkan inisiatif digital khususnya melibatkan urusan dengan kerajaan.

Anwar juga dilaporkan berkata pendaftaran Digital ID juga merupakan langkah awal dalam pemberian subsidi bersasar, serta pelbagai kemudahan lain oleh jabatan kerjaan dan pihak swasta.

Sumber: Bernama, Facebook Anwar Ibrahim