Anwar Ibrahim Potong Rambut Sambut Kedatangan Ramadan — Simbolik Sederhana, Makna Besar

LocalPolitics
28 Feb 2025 • 11:18 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Sempena Ramadan, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim potong rambut sebagai salah satu persedian beliau menghadapi bulan yang dinanti-nantikan umat Islam.

Menerusi perkongsian di media sosialnya, Anwar dilihat berkongsi satu momen sederhana tetapi bermakna iaitu merapikan diri dengan memotong rambut.

Bersama gambar tersebut, beliau memaklumkan ia sebagai persiapan kecil untuk menyambut bulan Ramadan yang penuh keberkatan.

image is not available

Walaupun sekadar potongan rambut, tindakan ini mencerminkan satu simbolik persiapan diri, bukan sekadar luaran tetapi juga dalaman.

Ramadan bukan sekadar bulan berpuasa, tetapi madrasah rohani yang membentuk jiwa, memperkukuh disiplin, dan mendidik hati agar lebih dekat kepada Tuhan.

“Satu persiapan kecil untuk bulan yang besar. Semoga bulan Ramadan kali ini menjadi madrasah yang terbaik kepada setiap jiwa kaum Muslimin. Ramadan Mubarak.”tulisnya.

image is not available

Anwar Ibrahim Potong Rambut

Sebagai pemimpin, beliau menunjukkan bahawa setiap individu, tanpa mengira kedudukan, perlu membuat persiapan untuk menyambut bulan penuh keberkatan ini.

Ia mengingatkan kita bahawa Ramadan bukan hanya tentang menahan lapar dan dahaga, tetapi juga tentang memperbaharui diri—baik dari segi ibadah, akhlak, dan hubungan sesama manusia.

image is not available

Terdahulu, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad menerusi satu pengumuman secara langsung di Radio Televisyen Malaysia (RTM) malam ini memaklumkan bahawa umat Islam di negara ini akan mula berpuasa pada Ahad, 2 Mac.

Jelas Syed Danial, penetapan tarikh tersebut dibuat selepas mendapat persetujuan daripada Majlis Raja-Raja berdasarkan Rukyah dan Hisab.

Sumber: IG Anwar Ibrahim