
Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meluangkan masa hadir ke Institut Jantung Negara (IJN) bertujuan ziarahi Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang selepas solat Jumaat Masjid al-Firdaus, Bandar Baru Selayang.
Anwar Ibrahim tidak sempat bertemu Hadi Awang
Menerusi laporan dari Bernama, selain dari mahu menziarahi Abdul Hadi, beliau turut berkesempatan menemui rakannya, Sarjana British Profesor Ziauddin Sardar yang menerima rawatan di situ.
Walau bagaimanapun, Anwar tidak sempat bertemu dengan Ahli Parlimen Marang berkenaan memandangkan beliau sedang menerima rawatan dialisis selepas menjalani beberapa prosedur kesihatan.
“Keadaan Abdul Hadi, saya dapat tahu daripada doktor (bahawa) stabil, hari ini beliau dialisis (manakala) Ziauddin sedang tunggu untuk ambil keputusan untuk prosedur berikutnya.
Kita doakan mudah-mudahan mereka sihat syafakallah, pulih dan dapat jalankan tugas seperti biasa,” katanya.
Doakan kesihatan Tan Sri Abdul Hadi – PM @anwaribrahim pic.twitter.com/UR2D0nu92K
— BERNAMA TV (@BernamaTV) January 5, 2024
Difahamkan, Abdul hadi, 76 telah berada di IJN sejak 1 Januari lepas untuk pemeriksaan jantung.
Manakala, Ziauddin, 72, yang merupakan penulis pemenang anugerah dan dianggap sebagai intelektual penting di United Kingdom itu pernah berkhidmat sebagai penasihat Anwar ketika beliau menjadi timbalan perdana menteri sebelum ini.

Sumber: X Bernama TV
The post Anwar Ibrahim Ziarah Hadi Awang, Ziauddin Sardar Di IJN Selepas Solat Jumaat appeared first on Borak Daily.

