Anwar ingatkan kuasa adalah amanah, bukan keistimewaan

Politics
4 Apr 2024 • 10:07 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Anwar. Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan kuasa adalah amanah dan bukan keistimewaan, yang perlu dipikul sebaiknya untuk rakyat.

Anwar yang juga Presiden PKR berkata, parti itu berpasak atas semangat islah yang kuat, iaitu usaha untuk mengembalikan sesuatu keadaan kepada keadaan yang betul, tepat dan sesuai.

"Justeru, hak dan kebajikan rakyat mesti yang terutama dalam membentuk kebijakan.

"Tugas dan tanggungjawab yang digalas hari ini adalah amanah yang mesti kita pikul sebaiknya dengan matlamat membawa perubahan yang bermakna," katanya menerusi hantaran di akaun Facebook PKR pada Khamis.

Anwar seterusnya mengucapkan selamat ulang tahun ke-25 kepada semua anggota dan pimpinan parti. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

@sinarharianonline

Anwar ingatkan kuasa adalah amanah, bukan keistimewaan #fyp #SinarHarian #SinarTerkini #BuletinTikTok #Semasa #Nasional #Politik #Parti #Anwar #PKR #Kuasa #Rakyat

original sound - Sinar Harian

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved