Anwar iringi Agong sambut Presiden Mesir, perkukuh hubungan dua hala

LocalPolitics
10 Oct 2026 • 3:47 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Anwar iringi Agong sambut Presiden Mesir, perkukuh hubungan dua hala

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengiringi Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bagi menyambut Presiden Republik Arab Mesir, Abdel Fattah El-Sisi sempena lawatan negara pertamanya ke Malaysia sejak memegang jawatan pada 2014.

Anwar berkata, beliau turut mengiringi Sultan Ibrahim menerima kunjungan menghadap Presiden El-Sisi sebelum delegasi kedua-dua negara diraikan dalam Majlis Santapan Negara.

Menurut beliau, kunjungan itu mencerminkan hubungan persahabatan erat antara Malaysia dan Mesir yang terus diperkukuh sejak sekian lama.

Katanya, lawatan berkenaan turut memperlihatkan tekad kedua-dua negara untuk memperluas kerjasama dan melonjakkan hubungan dua hala ke tahap lebih tinggi demi manfaat rakyat Malaysia dan Mesir.

Kerjasama itu dijangka membuka ruang kepada hubungan lebih erat dalam pelbagai bidang berkepentingan bersama, sekali gus memperkukuh hubungan diplomatik antara kedua-dua negara. – KOSMO! ONLINE

The post Anwar iringi Agong sambut Presiden Mesir, perkukuh hubungan dua hala appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved