Anwar jalani pembedahan kecil gigi di HKL

LocalPolitics
20 Aug 2023 • 11:18 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Anwar

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menjalani prosedur pembedahan kecil gigi di Hospital Kuala Lumpur di sini.

Anwar yang juga Menteri Kewangan memaklumkan perkara itu menerusi hantaran ringkas di laman Facebook hari ini.

"Buat masa ini, saya masih dalam pemantauan pasukan perubatan dan atas nasihat mereka, saya perlu berada di hospital sehingga esok pagi (Isnin), Insya-ALLAH,” katanya. - Bernama