Anwar Kekal Tak Ambil Gaji, Yakin Kabinet Baharu Kekal Sehingga PRU Akan Datang

Politics
12 Dec 2023 • 5:50 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kekal untuk tidak mengambil gaji jawatannya termasuk pemotongan 20 peratus gaji menteri baharu dalam Kabinet Kerajaan Perpaduan.

Anwar yang juga kekal sebagai Menteri Kewangan berkata, barisan Jemaah Menteri yang diumumkan hari ini akan kekal jika tidak berdepan dengan sebarang tekanan atau permasalahan baharu.

Ujarnya, barisan baharu Kabinet tersebut akan kekal sehingga Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang jika mereka mempamerkan prestasi baik.

“Saya harap insya-Allah keadaan prestasi baik, memuaskan dan tidak ada tekanan atau permasalahan baharu.
“Saya tidak fikir harus ada apa-apa perubahan untuk kita terus ada rencana empat tahun akan datang sehingga PRU (akan datang),” katanya.

Tambah beliau, pemotongan gaji tetap akan diteruskan kecuali Perdana Menteri kerana tiada gaji.

“(Pemotongan gaji 20 peratus) diteruskan cuma perdana menteri tiada pemotongan kerana tiada gaji,” katanya.

Sebelum ini, Anwar memaklumkan Jemaah Menteri bersetuju untuk melaksanakan pemotongan gaji sebanyak 20 peratus setiap bulan.

Pemotongan itu dilaksanakan sehingga ekonomi negara pulih.

Sumber: BH Online (Mohd Iskandar Ibrahim)