Anwar, keluarga ucap takziah atas pemergian seniman legenda Indonesia Titiek Puspa

WorldEntertainment
13 Apr 2025 • 5:02 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Tangkap layar ucapan takziah Anwar atas pemergian seniman legenda Indonesia Titiek Puspa di Facebooknya

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan keluarga mengucapkan takziah atas pemergian seniman legenda Indonesia Titiek Puspa, yang telah memberikan sumbangan besar kepada dunia seni dan budaya Nusantara.

"Kenangan menonton filem ‘Tiga Dara’ bersama bonda masih segar dalam ingatan, lantas memperkenalkan saya kepada bakat dan pesona beliau.

"Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman,” menurut Anwar menerusi hantaran di Facebook beliau hari ini.

Penyanyi, penulis lagu dan pelakon legenda itu menghembuskan nafas terakhir pada usia 87 tahun akibat penyakit angin ahmar di Jakarta Selatan, pada Khamis. - Bernama