Anwar: Kerajaan teliti keperluan tambah jawatan hakim mahkamah tinggi untuk Sabah, Sarawak

LocalPolitics
18 Jan 2023 • 3:41 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

PUTRAJAYA: Kerajaan meneliti keperluan menambah jawatan Hakim Mahkamah Tinggi untuk Sabah dan Sarawak susulan peningkatan jumlah kes, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (foto).

Dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet hari ini, beliau berkata perkara itu merupakan antara cadangan yang dikemukakan pada mesyuarat tersebut.

“Dikemukakan juga cadangan mengenai penambahan jawatan Hakim Mahkamah Tinggi untuk Sabah dan Sarawak. Kita berikan sedikit keutamaan terutamanya penambahan jawatan-jawatan kerana meningkatnya kes-kes di Sabah dan Sarawak,” kata beliau.

Anwar berkata proses pelantikan Hakim Mahkamah Tinggi untuk Sabah dan Sarawak perlu dirujuk kepada Yang Dipertua Negeri masing-masing.

“(Kalau) ikut dalam peraturan fasal Perlembagaan (pelantikan) kena rujuk Yang Dipertua Sabah dan Sarawak sebelum dipersembah kepada Yang di-Pertuan Agong,” kata beliau.

Perdana Menteri berkata mesyuarat turut bersetuju supaya kerajaan melihat kedudukan bangunan mahkamah di Sabah dan Sarawak yang ada dikesan agak daif. - Bernama