Anwar Ketuai Kementerian Kewangan, Bantu Tingkat Keyakinan Pelabur, Perniagaan

Politics
2 Dec 2022 • 9:43 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Anwar Ibrahim - Gambar oleh Azim Rahman

PUTRAJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memutuskan untuk mengambil portfolio Kementerian Kewangan dengan berat hati memandangkan krisis ekonomi global semasa, dengan harapan kehadirannya dapat meyakinkan pelabur tempatan dan asing.

Bercakap kepada media selepas mengumumkan barisan Kabinetnya malam ini, Ahli Parlimen Tambun itu berkata, pada awalnya beliau bercadang untuk mengambil alih kementerian itu walaupun pernah mengkritik beberapa pendahulunya kerana terlalu memusatkan kuasa di Pejabat Perdana Menteri.

“Saya tidak berminat (mengambil portfolio ini) tetapi saya mahu bermula dengan pendekatan dan dasar untuk memberi keyakinan kepada ekonomi kita dan untuk perniagaan tempatan dan pelabur asing.

“Dan saya fikir, pada peringkat awal ini, biarlah saya melakukan ini dahulu sementara saya dibantu oleh pasukan hebat terdiri daripada penjawat awam dan penasihat yang tidak akan membebankan kewangan kerajaan,” katanya.

Pengumuman barisan Kabinetnya menyaksikan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof dari Gabungan Parti Sarawak (GPS) dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Kedua-duanya adalah sebahagian daripada 28 anggota Kabinet kerajaan perpaduan diterajui Anwar. -  The Vibes, 2 Disember 2022

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved