Anwar lawat pusat penamaan bagi sokongan pada calon wakili Kerajaan Perpaduan

Politics
29 Jul 2023 • 9:25 AM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

image is not available

KUALA LUMPUR - Proses penamaan calon bagi DUN Sungai Tua dimeriahkan dengan kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tiba di SMK Sungai Pusu untuk memberikan sokongan kepada calon Kerajaan perpaduan.

Beliau yang berbaju kemeja biru muda dan bersongkok turut diiringi oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor serta Menteri Luar, Datuk Seri Zamry Abdul Kadir.

image is not available
Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat berarak seiringan bersama tiga calon DUN iaitu bagi Sungai Tua Datuk Seri Amiruddin Shaari (PH); Hulu Kelang Juwairiya Zulkifli (PH) dan Gombak Setia Datuk Megat Zulkarnain Omardin (BN) - Gambar PH Selangor, 29 Julai, 2023

Kehadirannya disambut dengan sorakan oleh penyokong Kerajaan Perpaduan namun beliau singgah sebentar di pusat tersebut sebelum berpatah balik.

image is not available
Dihiasi panji logo PH dan BN, pemimpin-pemimpin bersama penyokong parti berjalan sambil melaungkan slogan “Kerajaan Perpaduan” - Gambar PH Selangor, 29 Julai 2023

Datuk Seri Amirudin Shari mewakili parti kerajaan bertanding di DUN Sungai Tua, manakala Datuk Megat Zulkarnain Omardin dan Juwairiya Zulkifli masing-masing bertanding di DUN Gombak Setia dan DUN Hulu Kelang.

Beliau kemudiannya bertolak ke pusat penamaan calon di Taman Templer selama beberapa minit sebelum beredar ke destinasi seterusnya. - 29 Julai, 2023