Anwar luang masa bersama komuniti Islam di Perancis

LocalPolitics
4 Jul 2025 • 10:38 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

PARIS: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkesempatan mengadakan sesi ramah mesra bersama komuniti Islam di Perancis yang diketuai Rektor Masjid Besar Paris, Chems-eddine Mohamed Hafiz.

Sesi itu diadakan sempena lawatan rasminya selama dua hari ke negara berkenaan, bermula semalam.

Anwar berkata pertemuan itu membuka ruang untuk memperkukuh kerjasama antara Malaysia dan institusi Islam di Perancis, khususnya dalam bidang pendidikan, industri halal, dialog antara agama serta pengembangan nilai sejagat seperti keamanan, toleransi dan keadilan.

“Sebagai tanda ukhuwah, saya menyampaikan sumbangan senaskhah al-Quran cetakan khas dan 10 naskhah lagi dalam terjemahan bahasa Perancis.

“Usai pertemuan, saya bersama delegasi Malaysia turut menunaikan solat Jumaat bersama komuniti Islam di sini,” katanya dalam kenyataan. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved