Anwar luang masa lawat ADUN Lintang

LocalPolitics
16 Aug 2025 • 10:15 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Anwar semasa menziarahi Mohd Zolkafly di kediaman Exco berkenaan. Foto Pejabat Perdana Menteri.

IPOH - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Sabtu meluangkan masa melawat Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan Perak, Datuk Mohd Zolkafly Harun yang baru selesai menjalani pembedahan baru-baru ini.

Perdana Menteri yang mengadakan lawatan kerja ke Perak hari ini melawat Mohd Zolkafly di kediaman Exco berkenaan usai menyempurnakan perasmian pecah tanah projek pembangunan Ipoh Sentral petang tadi.

"Sambil bertanya khabar mengenai keadaan kesihatan beliau, kami turut bertukar pandangan mengenai pelbagai isu semasa yang melibatkan rakyat dan pembangunan negeri," menurut Anwar dalam hantaran Facebook.

Beliau turut mendoakan Ahli Dewan Undangan Negeri Lintang itu diberikan kesembuhan.

Terdahulu dalam lawatan kerja itu, Anwar turut merasmikan Karnival Tenusu Madani di Kompleks Tenusu Farm Fresh Perak di Larut serta meninjau projek pembinaan jalan baharu dari Kamunting ke Anak Kurau, Larut Matang Selama (LMS) Fasa Dua, di bawah Program Jalan Luar Bandar (JALB) Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah. - Bernama

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved