Anwar Luang Masa Tinjau Operasi HKL, Santuni Pesakit

LocalPolitics
22 May 2026 • 3:12 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

Anwar Luang Masa Tinjau Operasi HKL, Santuni Pesakit

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meluangkan masa meninjau operasi di Hospital Kuala Lumpur (HKL) serta menyantuni pesakit dan orang ramai yang sedang mendapatkan rawatan di hospital berkenaan.

Menerusi hantaran di Facebook, beliau turut mendoakan agar semua pesakit diberikan kesembuhan serta dipermudah segala urusan mereka.

"Ambil kesempatan tinjau operasi di Hospital Kuala Lumpur (HKL) hari ini sambil menyapa dan bertanya khabar orang ramai yang sedang mendapatkan rawatan.

"Doa saya agar mereka diberikan kesembuhan, dipermudah segala urusan dan terus dikurniakan kekuatan," kata beliau.

Anwar turut merakamkan penghargaan kepada seluruh petugas kesihatan HKL atas komitmen serta pengorbanan mereka dalam  memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

"Terima kasih kepada seluruh petugas kesihatan HKL yang terus berkhidmat dengan penuh sabar, belas ihsan dan pengorbanan yang besar demi menjaga nyawa serta kebajikan rakyat setiap hari," kata beliau. - BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved