Anwar mahu Hari Usahawan Cilik semai minat berniaga sejak kecil

LocalBusiness & Finance
22 Aug 2026 • 5:43 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Anwar mahu Hari Usahawan Cilik semai minat berniaga sejak kecil

KUALA LUMPUR, 22 OGOS: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap Hari Usahawan Cilik yang diadakan di sebuah taska di Subang Jaya, Selangor hari ini memberi pengalaman bermakna dan menyemai minat berniaga dalam kalangan anak-anak sejak kecil.

Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata seorang anak dari Taska As Sakeenah menghantar mesej mengundang beliau ke program Hari Usahawan Cilik itu.

“Memang teringin nak hadir beri sokongan, tapi saya di Brunei Darussalam mengetuai delegasi negara.

“Tidak mahu hampakan anak-anak, "Uncle Anwar" hantar pegawai, saudara Raimi Ab Rahim untuk mewakili bagi sampaikan sedikit sumbangan dan salam mesra kepada semua.

“Semoga Hari Usahawan Cilik ini memberi pengalaman bermakna dan menyemai minat berniaga dalam kalangan anak-anak sejak kecil. Kalau dapat untung, jangan lupa menabung,” kata beliau.

Perdana Menteri turut mendoakan semua anak-anak membesar menjadi insan yang rajin berusaha, sentiasa membantu keluarga dan memberi manfaat kepada masyarakat.

Anwar tiba di Bandar Seri Begawan semalam untuk lawatan kerja selama dua hari bagi menghadiri Rundingan Pemimpin Tahunan ke-27 (ALC-27) antara Malaysia dan Brunei.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved