Anwar mahu Pemilihan PKR 2025 berlangsung dalam semangat kekeluargaan

LocalPolitics
11 Apr 2025 • 12:37 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Anwar Foto fail Bernama

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru seluruh ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk menjunjung nilai etika dan semangat kekeluargaan dalam memilih barisan kepimpinan baharu pada pemilihan parti berkenaan bulan depan.

Anwar yang juga Presiden PKR berkata, proses Pemilihan PKR 2025 harus berlangsung dalam semangat kekeluargaan dan penuh etika serta menjauhi budaya memecahbelahkan.

"Seperti yang sering saya tegaskan - Keadilan bukan sekadar parti politik, namun wadah perjuangan rakyat. Maka pilihlah kepimpinan yang berintegriti, amanah dan benar-benar membawa suara rakyat terbanyak.

"Insya-ALLAH, usaha dan ikhtiar kita akan dipermudahkan demi Malaysia yang lebih adil dan makmur untuk semua,” kata Anwar menerusi hantaran di Facebook pada Jumaat.

Beliau pada masa sama turut mengucapkan selamat mengundi dan selamat maju jaya kepada semua calon serta ahli PKR dalam pemilihan parti kali ini.

Pada 26 Januari lepas, PKR dilaporkan memutuskan pemilihan bagi jawatan Majlis Pimpinan Pusat (MPP), Majlis Pimpinan Wanita Pusat (MPWP) dan Majlis Pimpinan Angkatan Muda Keadilan Pusat (MPAMKP) parti berkenaan diadakan pada 24 Mei ini.

Setiausaha Agung PKR,Dr Fuziah Salleh berkata, pemilihan bagi jawatan di peringkat Cabang, Wanita Cabang dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang pula ditetapkan pada 11 hingga 20 April. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved