Anwar menang tanpa bertanding jawatan presiden PKR

LocalPolitics
23 May 2025 • 11:20 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

JOHOR BAHRU: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim diumumkan secara rasmi mempertahankan jawatan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada pemilihan parti bagi sesi 2025-2028.

Beliau diumumkan menang tanpa bertanding selepas tiada calon menawarkan diri bertanding jawatan itu.

Keputusan itu diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa pada Kongres Nasional PKR 2024/2025 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada di sini malam ini.

Anwar, yang juga Menteri Kewangan, menyandang jawatan Presiden PKR sejak 2018 hingga kini.

Sebelum itu, beliau memegang jawatan sebagai Ketua Umum parti berkenaan.

Pemilihan kepimpinan sesi 2025-2028 menyaksikan seramai 251 calon menawarkan diri bertanding yang merangkumi 104 pencalonan bagi Majlis Pimpinan Pusat, 85 bagi Majlis Pimpinan Angkatan Muda Keadilan dan 62 untuk Majlis Pimpinan Wanita.