
Kuala Lumpur: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat mengumumkan pelantikan dua timbalan perdana menteri serta 27 Jemaah Menteri yang menganggotai Kabinet kerajaan perpaduan.
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Naib Presiden Kanan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Seri Fadillah Yusof yang mewakili Gabungan Parti Sarawak (GPS) masing-masing dilantik sebagai timbalan perdana menteri.
Pengumuman barisan Kabinet di Putrajaya pada kira-kira 8.20 malam itu disiarkan secara langsung menerusi stesen televisyen serta platform media sosial dan turut dihadiri Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali.
Anwar, 75, turut memegang portfolio Menteri Kewangan.
Anwar mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-10 di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 24 Nov lepas.
Senarai penuh Kabinet kerajaan perpaduan: Anwar Bin Ibrahim, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Fadillah Bin Yusof, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Perladangan dan Komoditi Loke Siew Fook; Menteri Pengangkutan Mohamad Bin Sabu; Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Mohd Rafizi Bin Ramli, Menteri Ekonomi Nga Kor Ming, Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Mohamad Bin Haji Hasan, Menteri Pertahanan Alexander Nanta Linggi, Menteri Kerja Raya Saifuddin Nasution Bin Ismail, Menteri Dalam Negeri Tengku Zafrul Bin Tengku Abdul Aziz, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Mohamed Khaled Bin Nordin, Menteri Pendidikan Tinggi Chang Lih Kang, Menteri Sains dan Teknologi Nancy Binti Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Salahuddin Bin Ayub, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Azalina Binti Othman, Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi Nik Nazmi Bin Nik Ahmad, Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Ewon Benedick, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Zambry Bin Abd Kadir, Menteri Luar Negeri Tiong King Sing, Menteri Pelancongan Ahmad Fahmi Bin Mohamed Fadzil, Menteri Komunikasi Digital Fadhlina Binti Sidek, Menteri Pendidikan Ago Anak Dagang, Menteri Perpaduan Negara Mohd Na’im Bin Haji Mokhtar, Menteri Agama Yeoh Tseow Suan, Menteri Belia dan Sukan Sivakumar A/L Varatharaju Naidu, Menteri Sumber Manusia Zaliha Binti Mustafa, Menteri Kesihatan Armizan Bin Mohd Ali, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak).
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
