
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat kian aktif menggunakan media sosial sebagai platform utama berkongsi berkenaan urusan rasmi negara.
Baru-baru ini, Anwar memuat naik satu ciapan mengatakan tanggungjawab beliau telah bertambah hingga membuatkannya jarang untuk membalas ciapan yang ditujukan kepadanya.
Beliau membuat kenyataan sedemikian kerana ramai yang telah mengadu bahawa dirinya sudah jarang berbalas ‘tweet’ bersama pengguna di aplikasi Twitter.
“Ramai yang mengadu saya jarang jawab tweet. Tanggungjawab kian bertambah, tapi saya masih ikuti komen teman-teman di Twitterjaya.
“InshaAllah, saya akan cuba cari ruang dan balas tweet kawan-kawan semua,” kata ciapan itu pada tengah malam Ahad.
Ramai mengadu saya jarang jawab tweet. Tanggungjawab kian bertambah – tapi saya masih ikuti komen teman-teman di Twitterjaya. InshaAllah, saya akan cuba cari ruang dan balas tweet kawan-kawan semua.
— Anwar Ibrahim (@anwaribrahim) December 3, 2022
Ciapan tersebut telah mendapat kira-kira 14,000 tanda suka di aplikasi itu.
Rata-rata rakyat menyambut baik kenyataan itu dan bertindak untuk membalas dengan bertanyakan soalan dengan harapan Ahli Parlimen Tambun tersebut akan membalas ciapan mereka.

Walau bagaimanapun, Anwar sempat membalas ciapan daripada segelintir pengguna Twitter yang meninggalkan ‘tweet’ berbentuk soalan di ruangan tweet beliau.
“Ya betui (betul), semenjak jadi mr president (Perdana Menteri), kamu eksen (berlagak) ya, jawab salam saya Datuk Seri,” kata pengguna @irfanactivated dipercayai dalam nada berseloroh.
Anwar yang dilihat memahami dengan soalan yang diberikan oleh pengguna tersebut, turut membalas dengan bersahaja ‘Salam sdra-maaf’ hingga dia memutuskan untuk pin ciapan itu di laman Twitternya.
Dalam pada itu, ada pengguna Twitter sempat meminta beliau supaya membalas ciapannya, lalu ia dibalas secara bersahaja tanpa masalah.
Ok hi
— Anwar Ibrahim (@anwaribrahim) December 3, 2022
Sementara itu, Anwar yang juga merupakan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) turut menyambut ulang tahun hari kelahiran isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang jatuh pada hari ini (Ahad).
Anwar menyifatkan Wan Azizah sebagai seorang insan, wanita, isteri yang tabah, penyayang dan berbakti dan seorang ibu yang tidak pernah jemu mencurahkan kasih sayang
“Saya sentiasa bersyukur. Tanpa Azizah di sisi, tidak mungkin saya mampu menggalas amanah yang cukup berat saat ini. Saya berdoa agar Azizah sentiasa di bawah lindunganNya. Happy birthday!” kata Anwar di hantaran di Facebook hari ini.
Perkongsian ucapan ulang tahun hari lahir itu meraih lebih 51,000 tanda suka, 4,000 komentar dan dikongsi hampir 700 kali perkongsian setakat ini.
Sumber: Anwar Ibrahim/Twitter
The post Anwar Mohon Maaf Jarang Balas Tweet, Akui Tanggungjawab Bertambah appeared first on Siakap Keli.
