Anwar nafi anak angkat Amerika

LocalPolitics
26 Jun 2024 • 5:14 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Anwar

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Seri Anwar Ibrahim menafikan segala tomahan yang dibuat Adun Sungai Burong, Dr Mohd Zamri Mohd Zainuldin terhadapnya berhubung dakwaan anak angkat Amerika Syarikat.

Jelas Anwar, beliau tidak sama sekali akan melakukan perkara seperti didakwa Mohd Zamri dalam ceramah politik sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Bakap.

"Di Sungai Bakap, saya dipanggil anak angkat Amerika, Kementerian Kewangan pinjam dari Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan saya ikut nasihat Yahudi.

"Itu dari ustaz, pakai kopiah dan jubah, tapi fitnah terang-terangan.

Fakta di sebaliknya, mana mungkin saudara, saya lakukan itu semua," katanya dalam ucapan Majlis Aspresasi 2024 Jabatan Perdana Menteri, di sini pada Rabu.

AKAN MENYUSUL

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!