Anwar pakai jam tangan edisi terhad Casio G-SHOCK FAM

Politics
6 Jan 2023 • 9:51 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Anwar ketika program 'Naratif Khas bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim' di saluran Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada Jumaat. Gambar kecil: Jam tangan edisi terhad kedua G-SHOCK dan FAM, iaitu GA-900FAM-1A9 berharga RM699 telah dilancarkan pada 10 November 2021

SHAH ALAM - Sejak menerajui kerajaan, figura Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar sentiasa menjadi perhatian termasuk hal pemakaian beliau.

Terbaharu, Anwar didapati memakai jam tangan edisi terhad Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) jenama Casio G-SHOCK dipercayai berharga RM699 ketika muncul pada program 'Naratif Khas bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim' di saluran Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada Jumaat.

Kerjasama pertama di antara G-SHOCK dan FAM iaitu jam tangan GA-2000FAM-1A9 telah dilancarkan pada 31 Mac 2021.

Atas sambutan yang menggalakkan jam tangan edisi terhad kedua G-SHOCK dan FAM, iaitu GA-900FAM-1A9 telah dilancarkan pada 10 November 2021.