
VIENTIANE - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempelawa Laos memanfaatkan kepakaran halal Malaysia untuk membolehkan negara itu memasuki pasaran pengguna Islam yang lebih besar.
Bercakap pada sidang media bersama Perdana Menteri Laos, Dr Sonexay Siphandone pada Selasa, Anwar berkata, dengan menceburi industri halal terutama makanan halal, Laos boleh mengembangkan eksportnya.
"Kita mempunyai kelebihan kecil dalam industri makanan halal yang saya fikir anda (Laos) perlu memanfaatkannya supaya dapat mengembangkan eksport ke negara Islam dan Timur Tengah," kata beliau semasa sidang media bersama di Pejabat Perdana Menteri Laos di sini.
Anwar tiba di Vientiane pada Isnin untuk lawatan rasmi dua hari ke Laos bagi mengukuhkan lagi hubungan dua hala dan kerjasama ekonomi dengan negara anggota ASEAN.
Lawatan sulung Anwar ke negara anggota ASEAN itu, selepas mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri pada 24 Nov tahun lepas adalah atas undangan Siphandone.
AKAN MENYUSUL
