Anwar: Pembangkang lebih awal cadang idea tiga TPM, sedia bincang

23 Oct 2022 • 8:31 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 23 OKT: Pembangkang lebih awal mencadangkan idea pelaksanaan tiga jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM), kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) berkata gabungan itu sedia berbincang untuk melaksanakannya jika dipilih menerajui Putrajaya selepas pilihan raya umum Ke-15 (PRU15), lapor Bernama.

“Cadangan ini dari dulu lagi sejak zaman Pakatan Rakyat, kita akan ada satu TPM dari Semenanjung, satu dari Sabah dan satu dari Sarawak. Tetapi kalau ada perubahan, nanti kita akan bincang,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Jelajah HARAPAN Sabah di Sandakan, hari ini.

Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini berhasrat melantik tiga TPM dari Sabah, Sarawak dan Semenanjung sekirannya mereka berjaya membentuk kerajaan Persekutuan pada PRU15 nanti.

Pada 4 September tahun lepas, Pengerusi Kebangsaan DAP Lim Guan Eng berkata cadangan mewujudkan tiga jawatan TPM tersebut mungkin boleh direalisasikan jika HARAPAN berpeluang merebut kembali kuasa di peringkat Persekutuan.