Anwar pengerusikan Mesyuarat Majlis Perundingan Pimpinan Kerajaan Perpaduan

Politics
23 Jan 2024 • 12:03 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Anwar mempengerusikan Mesyuarat Majlis Perundingan Pimpinan Kerajaan Perpaduan kali pertama bagi tahun ini di Seri Perdana, Putrajaya.

image is not available
Anwar mempengerusikan Mesyuarat Majlis Perundingan Pimpinan Kerajaan Perpaduan kali pertama bagi tahun ini di Seri Perdana, Putrajaya.

SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan Mesyuarat Majlis Perundingan Pimpinan Kerajaan Perpaduan kali pertama bagi tahun ini di Seri Perdana, Putrajaya.

Selain Anwar, beberapa pemimpin utama Kerajaan Perpaduan turut kelihatan menghadiri mesyuarat berkenaan iaitu Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Ketua Whip Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Seri Fadillah Yusof dan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook.

Mesyuarat juga disertai Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

**media[2509445]**

Mesyuarat tersebut melibatkan perbincangan mengenai pelantikan Yang Dipertua Dewan Negara yang baharu selain pemilihan calon bagi jawatan berkenaan.

Sebelum ini, Anwar dilapor berkata, nama calon Tuan Yang di-Pertua Sarawak sudah dikemukakan oleh Abang Johari kepadanya dan telah dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved