Anwar, PM Thailand Srettha adakan pertemuan empat mata

Politics
11 Oct 2023 • 4:59 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

PUTRAJAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengadakan pertemuan empat mata dengan rakan sejawatannya dari Thailand Srettha Thavisin di sini, untuk berbincang mengenai usaha meningkatkan hubungan dua hala.

Ketibaan Srettha pada pukul 2.55 petang di bangunan Perdana Putra yang menempatkan pejabat Perdana Menteri disambut oleh Anwar, sebelum kedua-dua pemimpin terus ke tingkat empat untuk memulakan perbincangan.

Perbincangan mereka dijangka dapat mengukuhkan lagi hubungan Malaysia-Thailand yang telah lama terjalin, sebagai negara yang berjiran dan negara anggota ASEAN.

Srettha kini dalam lawatan kerja dua hari ke Malaysia bermula hari ini, dan ia merupakan kunjungan sulung beliau ke negara ini selepas mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri Thailand pada 5 Sept.

Anwar dan Srettha sebelum ini pernah mengadakan pertemuan di luar Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNGA) ke-78 di New York bulan lepas.

Pada 2022, Thailand merupakan rakan dagang ketujuh terbesar Malaysia dan ketiga terbesar dalam ASEAN, dengan jumlah dagangan sebanyak RM122.03 bilion (US$27.75 bilion), peningkatan 17.9 peratus berbanding RM97.55 bilion (US$23.54) pada 2021. - 11 Oktober, 2023

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved