Anwar, PM Vietnam bincang isu tarif AS

6 Apr 2025 • 10:12 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Anwar berbincang dengan rakan sejawatannya dari Vietnam, Pham mengenai tindakan bersama ASEAN terhadap tarif perdagangan sepihak yang dikenakan oleh Amerika Syarikat. - Foto FB Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakan sejawatannya dari Vietnam Pham Minh Chinh mengadakan perbincangan mengenai tindakan bersama ASEAN terhadap tarif perdagangan sepihak yang dikenakan oleh Amerika Syarikat.



"Kami sepakat untuk mengutamakan rundingan dan mengelakkan pertelingkahan, dengan matlamat mencapai penyelesaian yang adil demi kepentingan semua negara anggota ASEAN,” kata beliau menerusi hantaran di laman sosialnya pada Ahad.



Anwar, yang juga Menteri Kewangan berkata, beliau dan Pham turut menekankan kepentingan untuk memperkukuh kerjasama serantau dan mempelbagaikan rantaian bekalan bagi meningkatkan daya tahan ekonomi ASEAN.



"Selain itu, kami membincangkan keadaan di Myanmar dan bersetuju bahawa ASEAN perlu berunding dengan semua pihak berkepentingan bagi mencapai penyelesaian yang inklusif dan aman.” kata beliau. - Bernama



Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved