Anwar, Prabowo bincang kebakaran hutan, konflik Asia Barat di Delhi

WorldPolitics
13 Sep 2026 • 10:00 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Anwar, Prabowo bincang kebakaran hutan, konflik Asia Barat di Delhi

NEW DELHI, 13 SEPT: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Indonesia Prabowo Subianto berbincang mengenai isu kebakaran hutan serta perkembangan konflik di Asia Barat di sela-sela Sidang Kemuncak Pemimpin BRICS ke-18 di sini.

“Bersama Presiden Prabowo pula, kami sempat menyentuh isu kebakaran hutan serta perkembangan konflik di Asia Barat yang memerlukan kesepakatan dan tindakan bersama,” katanya dalam satu hantaran di media sosial beliau hari ini.

Perbincangan itu berlangsung ketika Indonesia berdepan musim kebakaran hutan dan tanah yang serius, dengan asap daripada kebakaran di beberapa kawasan di Kalimantan dan Sumatera turut menjejaskan negara jiran termasuk Malaysia.

Anwar, yang berkesempatan berbincang dengan Prabowo ketika Majlis Makan Malam Gala bersempena dengan sidang kemuncak itu semalam, berkata beliau turut sekali lagi mempelawa Presiden Indonesia itu mengadakan lawatan ke Malaysia dalam masa terdekat, bagi membincangkan dan menyelesaikan beberapa perkara dua hala yang masih belum dimuktamadkan.

“Saya turut memperbaharui jemputan kepada beliau untuk berkunjung ke Malaysia sesegera mungkin bagi membincang dan menyelesaikan beberapa perkara dua hala yang masih tertangguh,” katanya.

Anwar tiba di sini pada Jumaat untuk menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin-Pemimpin BRICS ke-18 yang berakhir hari ini.

Perdana Menteri akan meneruskan lawatan kerja beliau ke Keralam (nama rasmi baharu bagi Kerala), sebuah negeri terletak di Pantai Malabar, selatan India.

Ini merupakan lawatan kedua beliau ke India atas kapasiti sebagai Perdana Menteri, dengan lawatan pertama dilakukan pada Ogos 2024.

Perdana Menteri kemudiannya berlepas ke Maldives esok (14 Sept).

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved