Anwar Sahkan Lynas Diberi Tempoh Lanjutan 6 Bulan

8 May 2023 • 9:25 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
kerajaan telah memberi Lynas Malaysia tempoh lanjutan enam bulan untuk memenuhi syarat pelesenan beroperasi di negara ini namun disertai dengan syarat ketat dan akan sentiasa dipantau. - Gambar fail

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan bahawa kerajaan telah memberi Lynas Malaysia tempoh lanjutan enam bulan untuk memenuhi syarat pelesenan beroperasi di negara ini.

Beliau berkata lanjutan masa itu bagaimanapun disertai dengan syarat ketat dan akan sentiasa dipantau. 

“Saya rasa Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang akan memberikan penjelasan terperinci tetapi daripada pemahaman kami, lanjutan adalah dengan syarat dan dipatuhi dengan ketat,” katanya ringkas.

Sebuah portal melaporkan Lynas telah diberikan lanjutan masa tersebut susulan rayuan yang dikemukakan oleh syarikat itu berhubung empat syarat dikenakan oleh Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB).

Rayuan itu dilihat sebagai usaha terakhir untuk memastikan pengeluar nadir bumi itu boleh meneruskan operasi di kilang mereka di Gebeng, Kuantan selepas 1 Julai.

Lynas sebelum ini telah berulang kali mempertahankan bahawa kilangnya selamat dan menegaskan bahawa pelaksanaan syarat pelesenan sedemikian akan mengakibatkan kehilangan pekerjaan di Malaysia. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved