Anwar Sahkan Rafizi Hadir Mesyuarat MPP PKR

LocalPolitics
5 May 2025 • 7:18 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Rafizi Ramli - Gambar fail

SHAH ALAM - Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan timbalannya Datuk Seri Rafizi Ramli yang juga Menteri Ekonomi telah hadir pada mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) parti itu di Putrajaya, semalam.

Beliau berkata mesyuarat itu antara lain membincangkan mengenai keputusan pemilihan PKR yang diadakan baru-baru ini.

"Semalam (Rafizi) hadir, kita bincang mengenai keputusan Pemilihan PKR, baik.. Alhamdulillah," katanya ketika ditemui selepas program Temu Anwar Universiti Swasta di Dewan Canselor Management and Science University (MSU) di sini hari ini.

Perdana Menteri berkata demikian ketika ditanya sama ada Rafizi hadir pada mesyuarat tersebut berikutan laporan menyatakan Ahli Parlimen Pandan itu sedang bercuti untuk suatu tempoh yang lama.

Semalam tular gambar Rafizi yang memakai baju berkotak hitam putih duduk di sebelah Anwar selepas dimuat naik oleh ahli MPP PKR, Datuk Hans Isaac di Instastory. - BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved