Anwar salur sumbangan kepada 150 pendukung asal reformasi

LocalPolitics
12 Dec 2023 • 9:54 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Ahmad Farhan menyampaikan sumbangan bantuan kepada salah seorang daripada 150 individu yang merupakan pendukung asal reformasi yang hadir pada program Program Madani Kasih. - Foto FB Anwar Ibrahim

image is not available
Antara pendukung asal reformasi yang hadir pada program Program Madani Kasih. - Foto FB Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memberikan sumbangan bantuan kepada 150 individu yang merupakan pendukung asal reformasi menerusi program Program Madani Kasih.

Hadir mewakili Perdana Menteri dalam menyantuni dan menyerahkan sumbangan itu dalam program di Kelab Tasik Putrajaya ialah Setiausaha politiknya Ahmad Farhan Fauzi.

"Kesemua penerima merupakan pendukung asal reformasi yang kini sudah lanjut usia dan mempunyai masalah kesihatan. Saya berharap agar bantuan ini akan sedikit sebanyak meringankan beban mereka, Insya-ALLAH,” kata Anwar menerusi hantaran di laman Facebook.

Dalam hantaran sama, Perdana Menteri turut berkongsi beberapa gambar suasana majlis berkenaan. - Bernama