Anwar serah sumbangan kepada penyanyi Shima, doa diberi kekuatan

30 Jan 2024 • 9:30 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available
1

KUALA LUMPUR, 30 JAN: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mendoakan kesihatan buat penyanyi veteran Ku Nazhatul Shima Ku Kamaruzzaman atau lebih dikenali Shima, yang kini menghidap penyakit bronchitis.

Dalam catatan di Facebooknya, Anwar berkata Setiausaha Politik beliau Ahmad Farhan Fauzi berkesempatan menziarahi pelantun lagu ‘Teringin’ itu, yang kini tidak boleh menyanyi sekali gus terputus sumber pendapatan akibat penyakit yang dihidapinya.

“Saudara Farhan turut menyampaikan sumbangan daripada pihak saya bagi membantu urusan harian dan perubatan Shima.

“Saya mendoakan Shima dikurniakan afiyah serta sentiasa diberikan kekuatan oleh Allah SWT,” menurut catatan itu.

— BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved