Anwar sifatkan pertemuan dengan Vladimir Putin ‘hebat’

LocalPolitics
12 Sep 2026 • 10:20 AM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

Image from: Anwar sifatkan pertemuan dengan Vladimir Putin ‘hebat’

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan pertemuan dua hala antara beliau dengan Presiden Rusia Vladimir Putin sebagai ‘satu pertemuan yang hebat’.

“Ia adalah satu pertemuan yang hebat. Selebihnya esok,” katanya dalam pertemuan selama 20 minit di luar Sidang Kemuncak Pemimpin-Pemimpin BRICS ke-18 di New Delhi.

Rusia adalah anggota pengasas kerjasama BRICS manakala Malaysia hadir dalam kapasiti sebagai negara rakan kongsi.

Pertemuan dengan Putin adalah pertemuan dua hala pertama Anwar selepas ketibaan beliau.

Dalam pada itu, Anwar turut menyampaikan salam hormat Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim kepada Putin pada pertemuan dua hala itu, lapor Bernama.

“Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menyampaikan salam hormat baginda,” kata Anwar.

Perdana Menteri turut mengulangi jemputan Yang di-Pertuan Agong kepada Putin untuk melakukan lawatan negara ke Malaysia.

Sultan Ibrahim yang menaiki takhta Persekutuan pada 31 Jan 2024 telah melakukan tiga lawatan ke Rusia atas jemputan Putin.

Baginda melakukan lawatan negara sulung ke Rusia pada Ogos 2025, diikuti lawatan khas ke Saint Petersburg pada Januari 2026.

Pada Mei tahun ini, baginda berlepas ke Moscow menjelang sambutan Hari Kemenangan Rusia pada 9 Mei.

Sementara itu, sidang kemuncak yang dihoskan oleh Perdana Menteri India Narendra Modi itu bertemakan “Membina Ketahanan, Inovasi, Kerjasama dan Kemampanan”, dengan tumpuan khusus terarah kepada usaha memperkukuh daya tahan, kerjasama ekonomi serta pembaharuan perdagangan dan pelaburan antarabangsa.

Malaysia dan Rusia telah mengekalkan hubungan diplomatik yang terjalin sejak 1967, dengan kerjasama merangkumi perdagangan dan pelaburan, tenaga, pendidikan, pelancongan, pertahanan serta bidang lain.

Pada 2024, jumlah perdagangan ASEAN-Rusia mencecah USD18.1 bilion manakala pelaburan langsung asing Rusia di ASEAN berjumlah RM367.90 juta (USD92.97 juta).

Bagi Malaysia, Rusia merupakan rakan dagang kesembilan terbesar negara dalam kalangan negara Eropah pada 2025, dengan jumlah perdagangan bernilai RM8.72 bilion (USD2.04 bilion).

Eksport utama Malaysia ke Rusia merangkumi produk elektrik dan elektronik, jentera, peralatan dan komponen, serta makanan diproses; manakala import utama terdiri daripada produk petroleum, mineral, bahan kimia dan produk berasaskan kimia. - 12 September, 2026

The post Anwar sifatkan pertemuan dengan Vladimir Putin ‘hebat’ appeared first on Scoop.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved