Anwar terima kunjungan hormat Duta Besar AS ke Malaysia

LocalPolitics
11 Mar 2025 • 8:35 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia Edgard D Kagan di Putrajaya petang ini. Foto Facebook Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia Edgard D Kagan di Putrajaya petang tadi.

Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata, pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.

"Turut menyentuh soal Kepengerusian ASEAN 2025 terutamanya terkait Sidang Kemuncak Khas ASEAN-Amerika Syarikat," katanya.

Perdana Menteri turut mengundang Presiden AS Donald Trump untuk menghadiri Sidang Kemuncak Asia Timur yang dijadualkan berlangsung hujung tahun ini.

Untuk rekod, Malaysia menggalas tanggungjawab sebagai Pengerusi ASEAN tahun ini. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved