Anwar terima kunjungan hormat Menteri Luar Brazil

LocalPolitics
25 Aug 2024 • 12:13 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Menteri Luar Brazil Mauro Vieira di Kompleks Seri Perdana, hari ini. Foto Bernama

PUTRAJAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan hormat Menteri Luar Brazil Mauro Vieira di Kompleks Seri Perdana, di sini.

Vieira tiba di Seri Perdana pada 11 pagi.

Beliau tiba di Malaysia semalam bagi mengadakan lawatan rasmi dua hari, yang juga merupakan lawatan pertama beliau ke negara ini sebagai Menteri Luar, sejak menyandang jawatan itu pada 1 Januari tahun lepas.

Turut hadir, Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan dan Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan Dan Industri Liew Chin Tong.

Brazil merupakan rakan dagangan kedua terbesar Malaysia di rantau Amerika Latin.

Pada 2023, Malaysia dan Brazil mencatatkan jumlah dagangan sebanyak RM17.46 bilion, iaitu peningkatan sebanyak empat peratus berbanding RM16.86 bilion yang dicatatkan pada 2022. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved