Anwar terima kunjungan hormat Menteri Pertahanan Korea Selatan

Politics
24 May 2023 • 5:07 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Kedua-dua pemimpin meluangkan masa kira-kira 30 minit bagi membincangkan isu berkepentingan bersama merangkumi hubungan dua hala dan serantau. - Foto Bernama

image is not available
Anwar (kanan) menerima kunjungan hormat daripada Menteri Pertahanan Korea Selatan, Lee Jong Sup pada Rabu. - Foto Bernama

LANGKAWI - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Rabu menerima kunjungan hormat daripada Menteri Pertahanan Korea Selatan, Lee Jong Sup di sini.

Kedua-dua pemimpin meluangkan masa kira-kira 30 minit bagi membincangkan isu berkepentingan bersama merangkumi hubungan dua hala dan serantau.

Antara isu yang dibincangkan ialah mengenai usaha mengeratkan hubungan dua hala dalam bidang pertahanan dan keselamatan.

Jong Sup kini dalam lawatan khas tiga hari ke Malaysia sempena Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA '23) yang bermula Rabu hingga 27 Mei.

Turut hadir dalam pertemuan itu ialah Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan delegasi Korea Selatan.

Selepas pertemuan itu, Anwar turut menerima kunjungan Menteri Pengangkutan Somalia, Fardowsa Osman Egal sebelum bergerak ke lokasi seterusnya bagi lawatan dua hari beliau ke Langkawi sempena LIMA '23. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved