Anwar terima SUV EV TOGG daripada Erdogan sebagai simbol persahabatan

LocalPolitics
11 Feb 2025 • 3:11 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Selasa menerima sebuah kenderaan elektrik (EV) Togg sebagai hadiah daripada Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan. Foto Bernama

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima sebuah kenderaan elektrik (EV) Togg sebagai hadiah daripada Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan.

Erdogan menghadiahkan Togg T10X berwarna putih itu kepada Anwar sebagai tanda persahabatan.

Anwar kemudiannya memandu kenderaan utiliti sukan (SUV) elektrik sepenuhnya itu ke Kompleks Seri Perdana bersama Erdogan bagi menyaksikan pertukaran perjanjian, sidang media bersama, serta jamuan makan tengah hari.

Ditubuhkan pada tahun 2018, Togg merupakan pengeluar EV nasional utama pertama Turkiye.

Terdahulu, Erdogan diberikan sambutan rasmi di Kompleks Perdana Putra, diikuti pertemuan empat mata dengan Anwar selama hampir satu jam, serta mesyuarat dua hala. - Bernama