Anwar tersentuh buku diterjemah ke bahasa Mandarin, terima sokongan PM China

LocalPolitics
24 Sep 2026 • 9:30 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Penerbitan buku Rethinking Ourselves: Justice, Reform and Ignorance in Postnormal Times dalam bahasa Mandarin dilihat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai satu medium untuk memperluas pemahaman mengenai persamaan nilai antara Islam, budaya China dan tamadun lain.

Menurut laporan BH Online, Perdana Menteri berkata, versi Mandarin karya berkenaan juga memberi peluang kepada rakyat China serta masyarakat penutur bahasa itu untuk mengenali dengan lebih dekat gagasan, pengalaman dan pemikiran yang dikongsikan menerusi buku terbabit.

Image from: Anwar tersentuh buku diterjemah ke bahasa Mandarin, terima sokongan PM China

Beliau berkata, sokongan Perdana Menteri China, Li Qiang terhadap usaha menterjemahkan buku itu ke bahasa Mandarin turut memberikan makna tersendiri kepadanya.

“Saya amat tersentuh apabila beliau memberikan sokongan kepada usaha ini. Beliau menyatakan penterjemahan buku itu dilakukan dengan kaedah terbaik,” katanya ketika melancarkan buku berkenaan di Hangzhou.

Image from: Anwar tersentuh buku diterjemah ke bahasa Mandarin, terima sokongan PM China

Anwar kini berada di Hangzhou bagi lawatan kerja selama tiga hari atas undangan kerajaan China, selepas tiba di Shanghai pada Isnin untuk menghadiri majlis perasmian Persidangan WorldSkills Shanghai 2026 yang disempurnakan Qiang.

Beliau turut menyampaikan ucaptama pada Sesi Pleno persidangan berkenaan sebelum meneruskan program di Hangzhou.

Image from: Anwar tersentuh buku diterjemah ke bahasa Mandarin, terima sokongan PM China

Selain itu, Anwar dijadual menyampaikan ucaptama pada Ekspo Perdagangan Digital Global (GDTE) yang dirasmikan Qiang di Pusat Pameran dan Konvensyen Hangzhou, selain merasmikan Pavilion Malaysia hari ini.

Mengulas kandungan buku itu, beliau menjelaskan karya berkenaan tidak ditulis sebagai sebuah autobiografi, sebaliknya menghimpunkan catatan serta pandangan beliau berhubung perkembangan dunia.

Image from: Anwar tersentuh buku diterjemah ke bahasa Mandarin, terima sokongan PM China

Antara perkara yang diketengahkan termasuk konflik yang tercetus akibat kolonialisme dan imperialisme, selain kemunculan negara-negara baharu selepas mencapai kemerdekaan.

Tambahnya, karya berkenaan turut mengangkat persoalan mengenai hala tuju negara-negara tersebut dalam menentukan masa depan, mempertahankan identiti dan kedaulatan serta menentukan pendekatan terhadap kemakmuran.

Persoalan itu menurut beliau, merangkumi sama ada sesebuah negara hanya perlu mengutamakan kepentingan sendiri atau berkongsi kemakmuran bagi memastikan manfaat dapat dinikmati secara bersama.

Sumber: BH Online (Mohd Anwar Patho Rohman)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved