Anwar tiba di Johannesburg, hadiri Sidang Kemuncak G20

LocalPolitics
21 Nov 2025 • 11:50 AM MYT
MYBERITA
MYBERITA

Segalanya yang terkini, terbaik dan tepat untuk anda semua

image is not available

JOHANNESBURG – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selamat tiba di Johannesburg, Afrika Selatan hari ini bagi menghadiri Sidang Kemuncak G20.

Anwar yang juga memegang jawatan Menteri Kewangan berkata, kehadiran beliau pada persidangan tersebut adalah atas jemputan Presiden Afrika Selatan, Matamela Cyril Ramaphosa.

“Undangan ini menggambarkan komitmen Afrika Selatan untuk terus memperkukuh hubungan dua hala dengan Malaysia, berteraskan persahabatan, rasa saling menghormati dan aspirasi bersama sebagai Negara-Negara Selatan (Global South),” katanya dalam satu hantaran di media sosial hari ini.

Perdana Menteri menambah, penyertaan Malaysia dalam Sidang Kemuncak G20 kali ini membuka ruang penting untuk berkongsi aspirasi serta pencapaian negara selaku Pengerusi ASEAN 2025.

Menurut beliau, persidangan tersebut juga memberikan peluang kepada Malaysia untuk menyuarakan isu-isu mendesak yang memberi kesan kepada rantau dan dunia.

“Justeru, kehadiran Malaysia di Johannesburg bukan sekadar untuk menghadiri persidangan, tetapi cerminan tekad kita untuk memperkukuh solidariti Global South di samping meneroka kerjasama yang lebih bermakna dalam pelbagai bidang strategik demi manfaat bersama,” tambah Anwar.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved